Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana kekal selamanya
Jangan sengaja lewatkan solat
Allah tak suka
kalau tertidur lain cerita
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
berpagi pagi itu membuka pintu berkat
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan
nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan
ditakuti mati dalam perjalanan.
Jngan biarkan mata liar di perjalanan.
nanti hati kita gelap diselaputi dosa
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila bila masa
Jngan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau kita memang bersalah...
Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia
Jangan lupa bergantung kepada Allah
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula
Jangan bakhil untuk bersedekah.
sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa
banyakkanlah tersenyum
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yabg teraniaya cepat dimakbulkan Allah
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
sebab untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya
Wassalam
No comments:
Post a Comment