Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana kekal selamanya
Jangan sengaja lewatkan solat
Allah tak suka
kalau tertidur lain cerita
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
berpagi pagi itu membuka pintu berkat
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan
nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan
ditakuti mati dalam perjalanan.
Jngan biarkan mata liar di perjalanan.
nanti hati kita gelap diselaputi dosa
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila bila masa
Jngan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau kita memang bersalah...
Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia
Jangan lupa bergantung kepada Allah
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula
Jangan bakhil untuk bersedekah.
sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa
banyakkanlah tersenyum
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yabg teraniaya cepat dimakbulkan Allah
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
sebab untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya
Wassalam
Search
Sunday, 20 May 2012
Tuesday, 15 May 2012
Yang Lalu, Biarlah Berlalu
Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalang diri untuk menjalani kehidupan seaadanya.
Bagi orang yang berfikir, peristiwa yang lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar. Peristawa peristiwa itu hanyalah di masa lalu dan anggaplah ianya sudah berakhir.
Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan. Semuanya tidak akan berulang dan hidup kembli, kerana kita sudah melupakannya.
Janganlah kita hidup di dalam mimpi mimpi di masa lau, atau di bawah bayang bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri dari mengingati perkara perkara tersebut, adakah kita ingin berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kembali......
Kita sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajah ke belakang, kerana
angin akan berhembus ke depan,
angin akan berhembus ke depan,
air akan terus mengalir ke depan,
setiap kafilah atau pengembara juga akan berjalan ke depan,,
mereka tidak akan berpatah balik ke belakang,
mereka tidak akan berpatah balik ke belakang,
Oleh itu..... sentiasalah memandang dan memikirkan masa hadapan, lupakanlah perkara sedih yang berada di belakang, teruskanlah dan jangan menyalahi sunnah kehidupan =')
Subscribe to:
Comments (Atom)