Search

Wednesday, 4 July 2012

hayati lirik lagu ini

YANG ABADI

Tuhan, ku harapkan
Kepada-Mu, keampunan
Keredhaan, kasih sayang
Kehidupan terpelihara

Hati yang dahaga
Mengharapkan sinar cinta
Nur kasih-Mu yang sejati
Bahagia kekal abadi

C/O
Tapi Engkau pun tahu
Onak dan duri pada dunia-Mu
Engkau ciptakan pagar rintangan
Harga cinta-Mu jiwa ku korban

Tuntun langkahku ini
Tunjukkan jalan yang Kau redhai
Jangan biarkan hamba terkorban
Dengan dunia

Selamatkan dengan rahmat-Mu
Nama-Mu biar dalam hatiku
Menanti hari di pertemuan yang abadi

Tuesday, 12 June 2012

Carilah Ilmu, Nescaya Akan Mendapat Kemudahan

Ilmu dan kemudahan ibarat dua saudara. Cuba lihat para ulama', kehidupan mereka dipermudahkan, dan untuk berhubungan secara langsung dengan mereka juga tidak sukar. Mereka memahami tujuan hidup, mereka mendapatkan apa yang mereka cari, dan merekatelah menyelami dasar nilai kehidupan. Sedangkan para penzuhud yang ilmunya masih sangat dangkal itu termasuk dalam kategori orang yang kehidupannya sempit dan tertekan. Mengapa?? Kerana mereka hanya mendengar kalimah-kalimah yang mereka tidak mengerti maksudnya dan masalah-masalah yang tidak mereka jumpa jalan penyelesaiannya. Penyimpangan yang menimpa kaum-kaum terdahulu tidak lain juga disebabkan kecetekan ilmu dan kefahaman yang masih dangkal. Mereka tidak mampu menerima hkikat-hakikat kebenaran, dan tidak mendapat petunjuk untuk mencapai maksud-maksud syariat. Mereka berhenti mencari ilmu, tidak mahu berusaha ke arah yang lebih tinggi bahkan, terjerumus ke dalam lembah kebingungan. Kesimpulannya, contohilah para ulama' mencari ilmu yang tiada batasan, tiada putus asa, dan tiada penyesalan dalam kehidupan mereka

Mencari Ilmu Itu Seperti Halnya Ibadah

Mengungkapkannya Seperti Hal Bertasbih

Menyelidikinya Seperti Hal berjihad

Mengajarkannya Seperti Hal Bersedekah

Memikirkannya Seperti Hal Berpuasa

Sunday, 20 May 2012

JANGAN!!

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana kekal selamanya


Jangan sengaja lewatkan solat
Allah tak suka
kalau tertidur lain cerita


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
berpagi pagi itu membuka pintu berkat


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan
nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan
ditakuti mati dalam perjalanan.


Jngan biarkan mata liar di perjalanan.
nanti hati kita gelap diselaputi dosa


Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila bila masa


Jngan ego untuk meminta maaf pada 
ibu bapa dan sesama manusia
kalau kita memang bersalah...


Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia


Jangan lupa bergantung kepada Allah
dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula


Jangan bakhil untuk bersedekah.
sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa
banyakkanlah tersenyum


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yabg teraniaya cepat dimakbulkan Allah


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. 
sebab untuk keselamatan kita. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya


Wassalam

Tuesday, 15 May 2012

Yang Lalu, Biarlah Berlalu

 Mengingati masa lalu dan menghadirkan kembali dalam kehidupan kita sekarang, kemudian bersedih di atas kedukaan dan kegagalan di dalamnya merupakan suatu tindakan bodoh dan gila. Itu sama ertinya dengan membunuh semangat, membunuh harapan dan menghalang diri untuk menjalani kehidupan seaadanya.
 Bagi orang yang berfikir, peristiwa yang lalu akan dilipat dan tidak akan dilihat kembali. Kita harus mengurung dan melupakannya di dalam penjara, mengikatnya dengan tali yang sangat kuat agar tidak dapat keluar. Peristawa peristiwa itu hanyalah di masa lalu dan anggaplah ianya sudah berakhir.
 Dengan demikian, tidak ada lagi kesedihan, kedukaan dan kegagalan. Semuanya tidak akan berulang dan hidup kembli, kerana kita sudah melupakannya.
 Janganlah kita hidup di dalam mimpi mimpi di masa lau, atau di bawah bayang bayang kesedihan masa lalu. Angkatlah diri dari mengingati perkara perkara tersebut, adakah kita ingin berbagai musibah dan pengorbanan tersebut berulang kembali......
 Kita sebenarnya tidak perlu melihat masa lalu dan memalingkan wajah ke belakang, kerana
           angin akan berhembus ke depan,
           air akan terus mengalir ke depan,
           setiap kafilah atau pengembara juga akan berjalan ke depan,,
           mereka tidak akan berpatah balik ke belakang,
Oleh itu..... sentiasalah memandang dan memikirkan masa hadapan, lupakanlah perkara sedih yang berada di belakang, teruskanlah dan jangan menyalahi sunnah kehidupan =')

Sunday, 22 April 2012

Allah Maha Mengetahui

sesungguhnya Allah tahu apa yg dilakukan hambaNya untuk mendekatiNya, juga apa yang dilakukan oleh hambaNya untuk mendapatkan rahmat dan hidayahNya, Allah juga tahu segala isi hati manusia, yang ingin mengecap sesuatu, dengan cara yang baik atau buruk, Allah juga maha adil kerana dijadikan sesuatu pasti ada sebabnya, pasti ada pasangannya, jika kita melakukan sesuatu, pasti ada nikmat atau balasan yg akan kita terima tidak kira lambat atau cepat, kerana apa yang Allah janjikan itu pasti, seperti hari kiamat yang dijanjikan Allah akan berlaku bila bila masa yang dikehendakiNya,,

Saturday, 21 April 2012

hubungan

semoga perhubungan yang baik sesama manusia akan berkekalan selamanya, dan semoga Allah memberkati perhubungan itu, hubungan dgn tuhan juga perlu dijaga, supaya kita akan berada dalam rahmat dan berkatNya =)

Monday, 16 April 2012

insyaAllah

alhamdulillah telah sampai di tempat pengajian, semoga Allah tetap menurunkan kasih dan rahmatNya ke atas aku, dan semoga segalanya disini akan dipermudahkan dan berjalan lancar, semoga misi mengejar cintaNya akan berjalan lancar jgak, hidup kat dunia ni x lama, btul x btul x, bile la aku nk start ape yg aku rancangkan tahun ni... hmm, ssahnye bile nk buat perkara yg baik kn kn